E-folio MPU21032-Pilihan Raya


 

MPU21032-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

SESI 1 2021/2022


TAJUK E-FOLIO:

"PILIHAN RAYA"


NAMA PENSYARAH:

PUAN LEZAWATI BINTI SERON


DISEDIAKAN OLEH AHLI KUMPULAN 9:

No.

NAMA

NO.PENDAFTARAN

1.

MEMISA ANAK ENTAP

20DAT21F1020

2.

NURQUZMA BATRIESYA BINTI ZOHANAFFANDI 

20DAT21F1054

3.

EZRA EMERALD MAWAS ANAK DANNY

20DAT21F1052

4.

NURUL INSYIRAH BINTI SARKAWI

20DAT21F1002

5.

JESSICA BINTI JUSTIN

20DAT21F1010


ISI KANDUNGAN

1.PENGENALAN

2.DEFINISI PILIHAN RAYA

3.FUNGSI PILIHAN RAYA

4.KEPENTINGAN PILIHAN RAYA

5.SYARAT MENJADI CALON PILIHAN RAYA

6.SYARAT PENGUNDI

7.PROSES PILIHAN RAYA DILAKUKAN

8.SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

9.KESAN PILIHAN RAYA

10.KESIMPULAN

11.PENGHARGAAN


PENGENALAN

Gambar rajah 1

Sebelum mencapai kemerdekaan, Malaysia telah dijajah selama hampir 450 tahun. Setelah mencapai kermerdekaan pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen serta mengamalkan prinsip Raja Berpelembagaan (constitutional monarchy). Salah satu ciri utama sistem ini ialah pihak pemerintah harus dibentuk berasaskan pemilihan yang dibuat sendiri oleh rakyat. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan agar diadakan pilihan raya setiap lima tahun sekali. Justeru itu, dengan kata-kata lain, rakyat diberi mandat melalui proses pembuangan undi untuk menentukan pimpinan negara.


DEFINISI PILIHAN RAYA



Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan.Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.


FUNGSI PILIHAN RAYA

  •   Menubuhkan kerajaan demokrasi dan mengekalkan  pucuk pimpinan
  •   Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
  •   Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi politik
  •   Meneruskan legasi negara Demokrasi Berparlimen
  •   Memberi peluang kepada rakyat  untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan


KEPENTINGAN PILIHAN RAYA

  • Pilihan raya penting kepada semua rakyat di Malaysia dalam sistem pemerintahan demokrasi.
  • Setiap rakyat perlulah  bertanggungjawab mengambil tahu tentang perkembangan politik   semasa.
  •  Rakyat harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya

Syarat untuk menjadi pengundi

Warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

Berumur 21 tahun ke atas.

Individu yang tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh enam bulan terdahulu (dari tarikh 17 Oktober 1954 atau 28 Oktober 1954 bagi negeri Terengganu) layak untuk memohon sebagai pengundi.




Syarat untuk menjadi calon

Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

Berumur 21 tahun ke atas

Telah tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dan tinggal dalam tempoh 12 bulan sebelum hari penamaan calon.

Berpengetahuan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

PROSES PILIHAN RAYA DILAKSANAKAN


SEJARAH PILIHAN RAYA

Selepas peritiwa Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945,diikutti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu ,semangat nasionalisme di kalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara.Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.Mereka ini mendapatkan kuasa melalui pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah memperolehi majoriti kerusi di Parlimen iaitu Dewan Rakyat Malaysia atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri.Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytiharkan menang.Pilihan Raya umum Malaysia diadakan secara berkala bagi melantik wakil-wakil rakyat ini.Dan sekiranya berlaku kekosongan di antara tempoh pilihan raya umum,pilihan raya kecil boleh diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.

Edit by Memisa

PERKEMBANGAN PILIHAN RAYA DI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
  • Pilihan raya merupakan asas berkerajaan sendiri dan memberikan peluang kepada rakyat memilih wakil atau parti yang akan membentuk kerajaan. Pilihan raya di negara kita bermula dari peringkat majlis perbandaran, peringkat negeri dan seterusnya Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 
  • Pilihan raya pada peringkat awal berjaya menyedarkan rakyat tentang amalan demokrasi. Pilihan raya ini memberikan pengalaman kepada rakyat mengendalikan pilihan raya pada peringkat Persekutuan dan sebagai persediaan ke arah berkerajaan sendiri.

PROSES PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA

v  Pilihan Raya Umum Pertama perlu diadakan bagi merintis jalan ke arah kemerdekaan. Pilihan raya memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Pengisytiharan oleh Sir Donald MacGilivray

Rundingan sebelum pilihan raya umum

v  1 Feb 1954, Jawatankuasa Pilihan Raya dibentuk dengan 46 ahli untuk mengkaji hal ehwal pilihan raya.

v  Dua bentuk penyata susunan MPP dinamakan bentuk A dan bentuk B.

BENTUK A

BENTUK B

Seorang Speaker

Tiga orang ahli yang dilantik

Sebelas orang wakil negeri

20 orang dilantik mewakili kepentingan tertentu

3 orang dilantik mewakili golongan minoriti

2 orang ahli rasmi (Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi)

60 orang melalui pilihan raya

44 orang melalui pilihan raya. 8 orang tambahan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi

Pilihan raya perlu dilakukan tidak lewat dari November 1954

Tiada tetapan tarikh atau masa tertentu untuk pilihan raya.

 

v  Tunku Abdul Rahman berangkat ke London bersama Tan Cheng Lock, T.H.Tan dan Dato’ Abdul Razak Hussein pada 21 April 1954 bagi menyatakan hasrat menentukan tiga perlima bilangan anggota MPP dipilih melalui pilihan raya. Dengan pertolongan Lord Ogmore, Tunku Abdul Rahman berjaya bertemu dengan ahli parlimen Parti Buruh British, Parti Konservatif dan Parti Liberal. Tunku Abdul Rahman membuat kenyataan tentang hasrat mereka melalui akhbar kepada rakyat dan ahli parlimen.

v  14 Mei 1954, Tunku Abdul Rahman berjaya berunding dengan Oliver Lyttelton, Setiausaha Tanah Jajahan British di London. Rundingan tersebut gagal, tetapi disambut meriah oleh penduduk.

v  Akhirnya, bilangan ahli MPP yang dipersetujui oleh British dan Parti Perikatan untuk dipilih melalui pilihan raya ialah 52 orang.

Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

Nama

Parti

Perikatan

Parti Negara

Parti Kebangsaan Perak

Liga Melayu Perak

Parti Progresif Perak

Parti Buruh

Calon Bebas

Bilangan Calon

52

30

11

9

2

4

18

Kerusi

yang dimenang

51

0

1

0

0

0

0

Pilihan Raya Awal di Sarawak dan Sabah 

v




PENUBUHAN MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN

v  Setelah menang dalam Pilihan Raya PTM 1955, parti Perikatan membentuk Kerajaan Persekutuan.

v  Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri PTM yang pertama.

v  MPP yang mengubal undang-undang pentadbiran pada peringkat PTM mengalami perubahan bilangan keanggotaannya.

Majlis Perundangan Persekutuan 1948

Majlis Perundangan Persekutuan 1955

52 orang

Ahli tidak rasmi dilantik dalam kalangan masyarakat tertentu

52 orang

Ahli dipilih melalui pilihan raya

3 orang

Ketua Setiausaha Kerajaan, Setiausaha Kerajaan, Penguam Besar Persekutuan

35 orang

Ahli lantikan mewakili kumpulan berkepentingan

9 residen

Residen British dari 9 Majlis Negeri

11 orang

Menteri Besar mewakili negeri

2 orang

Wakil Negeri-negeri Selat, iaitu P.Pinang dan Melaka

2 orang

Wakil Negeri-negeri Selat, iaitu P.Pinang dan Melaka

11 orang

Ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran Kerajaan

 

 

Jumlah 77 orang

Jumlah 100 orang

 

PERANAN KABINET PERTAMA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

-    Kabinet pertama PTM dibentuk selepas Pilihan Raya Umum1955.  Ketua Menteri: Tunku Abdul Rahman, berkuasa menubuhkan kabinetnya sendiri

-10 orang Menteri dan 3 pegawai British dalam Setiausaha Kewangan, Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi dan Setiausaha Pertahanan.

Selepas mendapat perkenan Raja-raja Melayu, Jemaah Menteri diumumkan rasmi oleh Sir Donold MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi British pada 4 Ogos 1955 di King’s House, Kuala Lumpur

NAMA

JAWATAN

Tunku Abdul Rahman

Ketua Menteri

Dato’ Abdul Razak Hussein

Meneteri Pelajaran

Dato’ Sulaiman Dato’ Abdul Rahman

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Perancang Bandar

Dr. Ismail Abdul Rahman

Menteri Tanah dan Galian

H.S. Lee

Menteri Pengangkutan

Sardon Jubir

Menteri Kerja Raya

V.T. Sambanthan

Menteri Buruh

Leong Yew Koh

Menteri Kesihatan

Ong Yoke Lin

Menteri Pos dan Telefon

Abdul Aziz Ishak

Menteri Pertanian


Peranan Kabinet Pertama

  • Membincangkan soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam.
  •  menyambung sistem yang diguna pakai dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan berasaskan Model Westminster (sistem pemerintahan demokrasi megikut British)
  •   Mengurangkan kuasa pentadbiran British
  •   Meminta Kuasa Veto (kuasa penuh kepada pihak tertentu sahaja, kuasa pembatal) Pesuruhjaya Tinggi British
  •   Membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan
  •   Ketua Menteri: menunaikan mandat daripada rakyat untuk mencapai kemersdekaan
  • Menteri Pelajaran: membina bangsa bersatu melalui sistem pendidikan
  •  Menteri Buruh:  menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan, mengurangkan pengawai Eropah dalam Malayan Civil Service secara berperingkat.
  • Menteri Kesihatan: meningkatkan mutu perkhidmatan perubahan dan kesihatan secepat mungkin.


KESAN PILIHAN RAYA

  • Melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih 
  • Mengekalkan kestabilan politik
  • Ekonomi negara akan berkembang
  • Dapat memberi peluang kepada rakyat untuk menentukan pemimpin negara
  • Rakyat mempunyai hak untuk bersuara,berpolitik dan persatuan
  • Rakyat boleh memilih dan menentukan sendiri pemimpin kerajaan tempatan mereka, malah tidak perlu berdasarkan politik kepartian tetapi kemampuan melaksanakan kerja
  • Rakyat boleh mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi. Menerusi kempen pilihan raya, masyarakat dapat memahami proses penbentukan suara dan pemilihan kuasa. Secara tidak langsung, rakyat dapat menghayati, menghormati dan menghargai konsep kebebasan bersuara.
  • Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan mereka, sesuai dengan cara hidup dan aktiviti ekonomi mereka. Ini akan membantu rakyat bertindak bijak dalam merangka masa depan hidup mereka.
  • Pegawai dan kakitangan kerajaan tempatan akan mudah melaksanakan kerja dan dasar kerana tiada lagi campur tangan kerajaan negeri dan pusat. Budaya kroni dan pilih kasih  akan beransur hilang.
  • Kerajaan pusat dan negeri dapat menumpukan terhadap dasar masing-masing di peringkat pusat dan negeri  tanpa ada gangguan atau rungutan di peringkat akar umbi. Ini pastinya akan menjadikan budaya kerja sektor awam semakin efisien.
  • Dana awam dijamin akan digunakan secara berhemah dan telus kerana sentiasa terdedah kepada pemantauan masyarakat akar umbi. Ditambah pula dengan kebebasan media, kes rasuah atau pecah amanah akan mengecil, rakyat akan merasa lebih selamat dan terjamin

Kesimpulan: 

           Dalam sistem kerajaan demokrasi berparlimen seperti yang dipraktikkan oleh Malaysia, mekanisme pilihan raya telah digunakan untuk menentukan corak pemerintahan negara.  Proses pilihan raya akan melibatkan pengundi, parti-parti politik dan juga kerajaan.  Parti-parti politik yang bertanding akan mengisytiharkan calon dan manifesto masing-masing.  Sepanjang tempoh berkempen diadakan, calon-calon yang terpilih akan menjelajah ke seluruh pelosok tanah air dengan membawa ucapan manifesto masing-masing untuk  meraih sokongan dan seterusnya mempengaruhi rakyat agar memilih parti mereka semasa hari pengundian diadakan.  Melalui kempen yang diadakan, rakyat berpeluang menilai personaliti dan juga aspirasi seseorang calon yang bakal mewakili mereka di parlimen kelak.  Walau bagaimanapun, setiap calon yang bertanding perlu memenuhi beberapa syarat seperti hendaklah warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini.  Calon-calon yang didapati melanggar salah satu daripada syarat kelayakan seperti didapati tidak siuman, bankrap atau muflis, memperoleh kewarganegaraan lain dan sebagainya tidak akan dibenarkan bertanding.


PENGHARGAAN

Dengan penuh kesyukuran kami dapat menyelesaikan tugasan e-folio ini dengan penuh jayanya . Kami ingin mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Puan Lezawati Binti Seron sebagai pensyarah Penghayatan Etika dan Peradaban . Di atas kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada kami. Dimana beliau telah memberi nasihat tentang cara-cara menyelesaikan tugasan ini.Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah saling membantu dan bekerjasama sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan . Dalam menyiapkan tugasan ini , banyak yang telah kami pelajari sepanjang penyiapan kerja kursus ini dilakukan . Ianya memberi kami seribu satu makna dalam menimba ilmu ini .

-Memisa-







SUMBER DARIPADA:

Comments